Allah telah menjanjikan
kelebihan kepada mereka yang menghafal al Quran seperti yang digambarkan
di bawah.
1.MEREKA ADALAH KELUARGA
ALLAH SWT.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Daripada Anas ra.
Ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah itu mempunyai
keluarga yang terdiri daripada manusia." Kemudian Anas berkata lagi, lalu
Rasulullah s.a.w bertanya: "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah. Baginda
menjawab: "Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al- Quran
dan mengamalkan isinya).Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang
istimewa bagi Allah.
2.DI TEMPATKAN SYURGA
YANG PALING TINGGI
Sabda rasulullah s.a.w:
"Daripada Abdullah
Bin Amr Bin Al Ash ra dari nabi s.a.w, baginda bersabda; Diakhirat nanti
para ahli Al Quran di perintahkan, "Bacalah dan naiklah kesyurga. Dan bacalah
Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu
di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang
engkau baca."
3.AHLI AL QURAN
ADALAH ORANG YANG ARIF DI SYURGA
Sabda rasulullah s.a.w
"Daripada Anas ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Para pembaca
Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni syurga,"
4.MENGHORMATI ORANG
YANG MENGHAFAL AL QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.
Sabda rasulullah s..a.w
"Daripada Abu Musa Al Asya'ari ra.ia berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Diantara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati Orang
Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak
berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran
tidak di amalkan, serta menghormati kepada penguasa yang adil."
5.HATI PENGHAFAL
AL-QURAN TIDAK DI SEKSA
Sabda rasulullah s.a.w.
" DaripadaAbdullah
Bin Mas'ud ra. Daripada nabi s.a.w. baginda bersabda: " bacalah Al Quran
kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal al-quran.
Sesungguhanya Al -Quran
ini adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkunya ia akan aman. Dan barangsiapa
yang mencintai Al Quran maka hendaklah ia bergembira."
6.MEREKA LEBIH BERHAK
MENJADI IMAM DALAM SOLAT
Sabda rasulullah s.a.w.
:
"DaripadaIbnu Mas'ud
ra. Dari Rasulullah s.a.w. beliau bersabda; "yang menjadi imam dalam solat
suatu kaum hendaknya yang paling pandai membaca Al Quran."
7.DISAYANGI RASULULLAH
S.A.W
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Jabir Bin
Abdullah ra. Bahawa nabi s.a.w menyatukan dua orang daripada orang-orang
yang gugur dalam perang uhud dalam satu liang lahad.
Kemudian nabi s.a.w.
bertanya, "dari mereka berdua siapakah paling banyak hafal Al Quran?" apabila
ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah satunya, maka nabi s.a.w
memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad."
8.DAPAT MEMBERIKAN
SYAFAAT KEPADA KELUARGA
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Ali Bin Abi
Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, "Barangsiapamembaca Al Quran dan
menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya
hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah
di tetapkan untuk masuk neraka."
9.PENGHAFAL AL QURAN
AKAN MEMAKAI MAHKOTA KEHORMATAN
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Abu Hurairah
ra.daripada nabi s.a.w. baginda bersabda: "orang yang hafal Al Quran nanti
pada hari kiamatnanti akan datang dan Al Quran akan berkata; "Wahai Tuhan
,pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru." Maka orang tersebut
di berikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi:
"Wahai Tuhan tambahlah
pakaiannya." Maka orang itu di beri pakaian kehormatannya. Al Quran lalu
berkata lagi, "Wahai Tuhan, redailah dia." Maka kepadanya di katakan; "Bacalah
dan naiklah." Dan untuk setiap ayat, ia di beri tambahan satu kebajikan."
10.HAFAL AL QURAN
MERUPAKAN BEKALAN PALING BAIK.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada jabir bin
nufair, katanya rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya kamu tidak akan
kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik daripada
sesuatu yang berasal daripada-Nya iaitu Al Quran.
11.ORANG TUA MEMPEROLEHI
PAHALA KHUSUS JIKA ANAKNYA PENGHAFAL AL QURAN.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Buraidah
Al Aslami ra, ia berkata bahawasanya ia mendengar Rasulullah s..a.w bersabda:
"Pada hari kiamat nanti, Al Quran akan menemui penghafalnya ketika penghafal
itu keluar dari kuburnya. Al Quran akan berwujud seseorang dan ia bertanya
kepada penghafalnya: "Apakah anda mengenalku?".
Penghafal tadi menjawab;
"saya tidak mengenal kamu." Al Quran berkata; "saya adalah kawanmu, Al
Quran yang membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu tidak
tidur pada malam hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan
di belakang dagangannya dan kamu pada hari ini di belakang semua dagangan.
Maka penghafal Al Quran tadi di beri kekuasaan di tangan kanannya dan diberi
kekekalan ditangan kirinya, serta di atas kepalanya dipasang mahkota perkasa.
Sedang kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru lagi bagus yang harganya
tidak dapat di bayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua orang tua
itu lalu bertanya: "kenapa kami di beri dengan pakaian begini?". Kemudian
di jawab, "kerana anakmu hafal Al Quran."
Kemudian kepada penghafal
Al Quran tadi di perintahkan, "bacalah dan naiklah ketingkat-tingkat syurga
dan kamar-kamarnya." Maka ia pun terus naik selagi ia tetap membaca, baik
bacaan itu cepat atau perlahan (tartil)
12.AKAN MENEPATI
KELAS TERTINGGI DI DALAM SYURGA.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Sisyah ra
ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; jumlah tingkatan-tingkatan
syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al Quran. Maka tingkatan syurga yang
di masuki oleh penghafal Al Quran adalah tingkatan yang paling atas, dimana
tidak ada tingkatan lagi sesudah itu.
Ayo kita menghafal Al-Qur'an
ReplyDeleteAkan membahagiakan orang tua
ReplyDelete